Isnin, 17 September 2012



Tips 1 : Kenapa perlu ambil Apple Cider Vinegar ?
Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka epal ini juga membantu mempercepatkan kadar metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.
Cuba mengambil SD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat….


Tips 2:  Minyak Zaiton (Olive Oil) boleh bantu!




Fat atau lemak adalah bahan yang membantu program penurunan berat badan yang menekankan pengurangan makanan berkarbohidrat untuk berjaya.
Apabila anda mengambil SD2, lemak adalah teman anda kerana ianya bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga melambatkan pengeluaran glukos kedalam saluran darah. Dengan menyederhanakan kandungan gula didalam darah, ianya juga menyebabkan anda kurang ketagih akan makanan berkarbohidrat.
Lemak pemakanan, dengan gabungan diet yang kurang karbohidrat juga akan mempercepatkan pembakaran lemak didalam badan. Apabila badan mula menggunakan lemak dan bukan glukos sebagai bahan bakar, maka proses pembakaran lemak anda sudah dipercepatkan.
Lemak yang semulajadi dan sihat boleh ditemui pada olives (zaitun), olive oil, bijiran, minyak kacang, butter, avocado dan ikan seperti salmon, sardine dan mackerel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan