FibreMax Serbuk Makanan Serat Semulajadi
New
Image FibreMax terdiri dari campuran ekstrak akar chicory, psyllium,
serat soya, dedak gandum dan pektin. Bahan-bahan tersebut diformulasikan
sebagai bahantara untuk membersihkan usus secara selesa dan berkesan.
Campuran lima serat semulajadi dalam FiberMax dipilih berdasarkan sifat
khususnya yang istimewa.
Sekiranya
anda berdiet, pengambilan serat campuran yang disyorkan adalah sebanyak
30 gm ke 40 gm sehari akan membantu anda menurunkan berat badan dengan
lebih baik dan berkesan.
Ekstrak Akar Chicory
Serat
larut akar chicory diekstrak tanpa menggunakan bahan kimia tetapi
dengan hanya menggunakan air yang mendidih sahaja. Ekstrak ini mempunyai
rasa manis yang semulajadi tetapi tidak diserap oleh usus kecil
menjadikannya selamat untuk kegunaan pesakit kencing manis dan orang
yang berdiet rendah karbohidrat.
Penyelidikan
yang mendalam telah menunjukkan pengambilan ekstrak akar chicory yang
sederhana boleh meningkatkan (5 ke 10 kali lebih banyak) dengan ketara
kebaikan bifidobakteria didalam saluran usus. Pada masa yang sama,
kehadiran bakteria yang tidak dikehendaki juga dapat dikurangkan dengan
banyak. Ini membuktikan bahawa setiap gram esktrak ini telah memberi
menafaat yang istimewa kepada bifidobakteria, dengan merangsang
metabolism mereka serta meningkatkan aktiviti, yang berpotensi membentuk
usus yang lebih sihat.
Psyllium
Kebanyakan
jenis serat boleh larut mengalami proses penapaian didalam usus
menyebabkan ia kurang berkesan terhadap pemukalan najis. Pysillium
(sejenis serat larut), yang merupakan bahan sekam dari Plantago ovato,
terkecuali dari proses penapaian ini dan ianya sangat bermenafaat dalam
kesan pemukalan najis. Serat tidak larut yang bersumberkan gandum,
selalunya tidak memberikan apa-apa kesan kepada bahagian awal sistem
usus. Ini menunjukkan bahawa serat tidak larut tidak memberikan apa-apa
menafaat dalam menurunkan kolesterol jika dibandingkan dengn serat boleh
larut.
Psyllium
telah menunjukkan kesan penurunan kolesterol yang ketara didalam darah
dan selanjutnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Psyllium, hampir
boleh dipanggil serat “ajaib” kerana ia mengandungi kedua-dua fungsi
serat larut dan juga serat tak larut.
Serat Soya
Serat
soya juga memberikan menafaat yang berkaitan dengan kedua-dua serat
larut dan sumber serat tidak larut. Menafaatnya adalah seperti berikut:
- Membaik pulih fungsi penghadaman didalam usus
- Mengurangkan kadar serum kolesterol bagi individu yang menghidapi hiperkolesterolemia apabila diambil sebagai sebahagian dari diet lemak yang diubahsuai
- Membantu untuk melaraskan kadar gula didalam darah secara berterusan untuk individu yang normal
- Meningkatkan sensitiviti insulin kepada pesakit yang menghidapi masalah toleransi glokosa
- Meningkatkan toleransi glukosa kepada pesakit obes yang menghidapi diabetis
- Serat soya juga menyelaraskan fungsi usus – dengan mengawal masalah sembelit dan juga cirit birit.
- nak kurus!nak kurus!nak kurus!
- nak sihat!nak sihat!nak sihat!
Dedak Oat
Dedak
oat terdiri dari serat larut yang juga dikenali sebagai glucosan
beta-D. Apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi sangat likat.
Beberapa penyelidikan telah dibuat tentang kesan penurunan kolesterol
terhadap pengambilan dedak oat. Ia menunjukkan bahawa mereka yang
mempunyai kadar kolesterol yang tinggi mendapat kesan yang lebih baik
dari mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal. Namun begitu,
mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal juga boleh mendapat
banyak menafaat jika meningkatkan pengambilan dedak oat.
Pektin
Pektin
juga adalah serat larut yang lengkap dan dihasilkan dari esktrak kulit
buah citrus atau apel. Ia juga mempunyai kesan untuk menurunkan kadar
kolesterol dan merupakan agen yang penting dalam penjagaan kesihatan
usus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan